Sunday 4 October 2015

LANGKAH KEKAL SIHAT DI MUSIM JEREBU


Alhamdulillah...berguna juga benda alah ni masa musim jerebu tahap kritikal ni...


Semoga bermanfaat, jangan lupa berdoa pada Tuhan empunya semesta supaya musibah ini cepat berlalu dan berdoa kita kekal sihat.

Antara langkah yang boleh diambil untuk kekal sihat di musim jerebu :

1. Kurangkan aktiviti di luar rumah, tutup pintu dan tingkap di dalam rumah bagi mengelakkan asap jerebu dan habuk masuk ke dalam rumah.

2. Pastikan tingkap kenderaan sentiasa tertutup jika anda menaiki kenderaan.

3. Gunakan air ioniser atau air purifier untuk menapis partikel jerebu yang kecil dan mengembalikan udara segar di dalam rumah.

Jika tidak ada, boleh cuba didihkan air di dalam periuk besar (boleh campurkan dengan sedikit bawang putih sebagai terapi kesihatan) untuk dapatkan wap air yang bersih di dalam rumah bagi memastikan kelembapan udara yang baik di dalam rumah. ( Jangan cuai sehingga air kering ya, nanti meletup dapur, admin tak campur.. )

4. Minum lebih air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk membantu buah pinggang berfungsi dengan lancar kerana menghidu udara berjerebu menyebabkan badan bertoksin yang boleh diserap oleh kulit dan paru-paru.

Buah pinggang adalah bahagian yang penting untuk membantu membuang toksin melalui urine.
Kurangkan mengambil makanan berkafein dan alkohol kerana ia akan membebankan buah pinggang dan menyebabkan badan kehilangan cecair dan nutrien.

5. Ambil makanan sihat yang membantu menaikkan imun sistem. Makanan yang banyak dengan vitamin C, Vitamin E , Omega 3 adalah baik untuk diamalkan.

6. Boleh cuba rebus air serai bersama sedikit kunyit dan madu jika mengalami sakit tekak atau batuk.
Air kelapa, mineral spritzer juga boleh membantu anda detoks dengan baik.

7. Probiotik, olivenol, makanan sunnah, sayuran dan buah-buahan segar, jus buah segar boleh digandakan pengambilannya.

8. Letakkan minyak habbatussauda sedikit ke dalam
lubang hidung , boleh praktikkan kepada anak-anak juga.

9. Minyak bawang putih juga boleh diletakkan di bahagian hadapan dan belakang dada.

10. Gunakan penutup muka yang betul (n95) di musim jerebu. Letakkan face mask atau penutup muka dan air mineral atau air kosong di dalam beg tangan anda ke mana sahaja anda pergi di musim jerebu.

-GNRAM-
‪#‎sayacopypaste‬

‪#‎MohonPerlindunganPRUBSNTAKAFUL‬

Ejen PRUBSN TAKAFUL Anda
Muhamad Hanif Maarof
019 223 1628
muhdhanif266@gmail.com