Sunday 4 October 2015

LANGKAH KEKAL SIHAT DI MUSIM JEREBU


Alhamdulillah...berguna juga benda alah ni masa musim jerebu tahap kritikal ni...


Semoga bermanfaat, jangan lupa berdoa pada Tuhan empunya semesta supaya musibah ini cepat berlalu dan berdoa kita kekal sihat.

Antara langkah yang boleh diambil untuk kekal sihat di musim jerebu :

1. Kurangkan aktiviti di luar rumah, tutup pintu dan tingkap di dalam rumah bagi mengelakkan asap jerebu dan habuk masuk ke dalam rumah.

2. Pastikan tingkap kenderaan sentiasa tertutup jika anda menaiki kenderaan.

3. Gunakan air ioniser atau air purifier untuk menapis partikel jerebu yang kecil dan mengembalikan udara segar di dalam rumah.

Jika tidak ada, boleh cuba didihkan air di dalam periuk besar (boleh campurkan dengan sedikit bawang putih sebagai terapi kesihatan) untuk dapatkan wap air yang bersih di dalam rumah bagi memastikan kelembapan udara yang baik di dalam rumah. ( Jangan cuai sehingga air kering ya, nanti meletup dapur, admin tak campur.. )

4. Minum lebih air sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk membantu buah pinggang berfungsi dengan lancar kerana menghidu udara berjerebu menyebabkan badan bertoksin yang boleh diserap oleh kulit dan paru-paru.

Buah pinggang adalah bahagian yang penting untuk membantu membuang toksin melalui urine.
Kurangkan mengambil makanan berkafein dan alkohol kerana ia akan membebankan buah pinggang dan menyebabkan badan kehilangan cecair dan nutrien.

5. Ambil makanan sihat yang membantu menaikkan imun sistem. Makanan yang banyak dengan vitamin C, Vitamin E , Omega 3 adalah baik untuk diamalkan.

6. Boleh cuba rebus air serai bersama sedikit kunyit dan madu jika mengalami sakit tekak atau batuk.
Air kelapa, mineral spritzer juga boleh membantu anda detoks dengan baik.

7. Probiotik, olivenol, makanan sunnah, sayuran dan buah-buahan segar, jus buah segar boleh digandakan pengambilannya.

8. Letakkan minyak habbatussauda sedikit ke dalam
lubang hidung , boleh praktikkan kepada anak-anak juga.

9. Minyak bawang putih juga boleh diletakkan di bahagian hadapan dan belakang dada.

10. Gunakan penutup muka yang betul (n95) di musim jerebu. Letakkan face mask atau penutup muka dan air mineral atau air kosong di dalam beg tangan anda ke mana sahaja anda pergi di musim jerebu.

-GNRAM-
‪#‎sayacopypaste‬

‪#‎MohonPerlindunganPRUBSNTAKAFUL‬

Ejen PRUBSN TAKAFUL Anda
Muhamad Hanif Maarof
019 223 1628
muhdhanif266@gmail.com

Monday 13 April 2015

PRUValue Med : Pelan Perubatan Terbaru Prudential

Kelebihan pelan PRUvalue Med ialah :-

✔Unlimited protection untuk perlindungan perubatan (tiada had tahunan)
✔Perlindungan untuk 11 komplikasi kehamilan
✔Simpanan dan pelaburan lebih banyak dengan Med Saver

Dapatkan perlindungan yang bersesuaian untuk ANDA SEKARANG.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, buat temujanji untuk mendapat rundingan dengan menghubungi MUHAMAD HANIF MAAROF (019 2231 628)


Tuesday 3 March 2015

PRUBSN UMMAH



Dalam usaha memenuhi impian hidup anda, rancanglah lebih awal.
Berapa ramai di antara kita yang mempunyai simpanan tetapi terus menggunakannya apabila berhadapan dengan krisis kewangan yang tidak diduga? Bertahun lamanya kita membuat perancangan untuk menikmati masa hadapan yang selesa tetapi ada kalanya masih tidak mencukupi untuk menguruskan perkara yang penting dalam kehidupan kita. Sama ada anda merancang untuk menunaikan Haji atau Umrah, membina dana pendidikan atau persaraan ataupun mempunyai wang belanja untuk pergi melancong bersama keluarga, anda memerlukan pelan yang kukuh untuk memenuhi setiap impian hidup anda.
PruBSN UmmahLink membawa anda selangkah ke hadapan dalam meningkatkan simpanan anda di samping memberikan anda perlindungan yang sepatutnya untuk rancangan kehidupan anda. Dengan PruBSN UmmahLink, anda akan menerima semula bayaran tunai setiap dua tahun, nikmati perlindungan hayat dan kewangan serta mendapat maklumat di hujung jari yang akan membawa anda selangkah lebih dekat dalam memenuhi impian hidup anda.

Dapatkan perlindungan yang bersesuaian untuk anda dan keluarga anda SEKARANG. 
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, buat temujanji untuk mendapat rundingan dengan menghubungi MUHAMAD HANIF MAAROF (019 2231 628)

Sunday 22 February 2015

WAITING PERIOD (TEMPOH MENUNGGU)



Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential atau Prudential BSN Takaful:




Tips untuk anda . Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.



Sumber Info: Celik Takaful

Wednesday 11 February 2015

KEMATIAN ATAU HILANG UPAYA

"SEKIRANYA PENDAPATAN ANDA BERHENTI KELMARIN DISEBABKAN KEMATIAN ATAU LUMPUH, APA AKAN TERJADI KEPADA KELUARGA ANDA?"
Oleh: Hj.Mustaffa Mohamed


√ INSURANS / TAKAFUL ?

  • YANG MANA PILIHAN ANDA?
  • YANG MANA LEBIH MUDAH?
  • YANG MANA ANDA LEBIH YAKIN?


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada dalam diri mereka." (QS Ar-Ra' ad / 13:11)


"MOHON SEBELUM TERLEWAT"


"Tinggalkan isteri dan anak-anak dengan kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta”

(Hadis Riwayat Bukhari)


Ejen PRUBSN TAKAFUL Anda
Muhamad Hanif Maarof
019 223 1628
muhdhanif266@gmail.com

Monday 26 January 2015

Sakit gastrik, bahu berisiko hidap sakit jantung - pakar




Mukadimah :

Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di negara kita. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius.

1. Sakit dada

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)

Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.

Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.

2. Sesak nafas

Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.

Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.

Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.

3. Bengkak Kaki

Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

4. Mudah berpeluh

Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

5. Sering berdebar-debar

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.

Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.

Credit : infokesihatan4u


NAMUN, INFO TERKINI...

SAKIT GASTRIK, BAHU BERISIKO HIDAP SAKIT SAKIT JANTUNG - PAKAR

(Boleh baca info di bawah ini)






"SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN"

MOHON SEBELUM DAPAT PENYAKIT...
PERLINDUNGAN PRUBSNTAKAFUL