Saturday 24 January 2015

Chef Wan Menginap Di Bilik Hospital Bernilai RM3,800



Umum tahu pada 22 Januari 2015, CHEF selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.Berita Akhbar Klik Di Sini

Datuk Chef Wan telah mendapatkan rawatan di Hospital Gleneagles Jalan Ampang kerana menghidapi penyakit bronkitis.

Sebelum ini Chef Wan telah mengalami batuk-batuk sejak pulang dari Langkawi. Mungkin keadaan cuaca yang tidak menentu turut menurunkan kadar kesihatan Chef Wan.

Namun untuk pengetahuan anda, Chef Wan telah ditempatkan di dalam wad presedential suite yang bernilai RM3,800 semalam. Nasib baik itu semua dibayar oleh insurans miliknya.

Cuba baca sikit apa Chef Wan cakap:-
My presidential suite room at the Gleneagle hospital is like a hotel pulak.It has its own office, two kitchen area siap dua peti sejuk and 3 TV.Bedroom, Living and asst or Maid TV area jugak. I was told all for rm$3,800.00 a night.When i was told mula2 almost nak jatuh pitam terus.
Tapi my wonderful AIA Insurance will take care of all that lah. Jika tidak saya sewa maid room tu sahaja lah. This is the beauty of having a good medical coverage. U will never know your rainy days. Sedia kan payung sebelum hujan kan.
Thank you to my wonderful friend Puan Laila Johari from AIA Insurance that always take care of my insurance need.
When u are sick u also want abit of style and glamour which u are accustomed with. Tak kan holiday sahaja nak tidur di hotel best2 5 star sahaja.
Jika sakit pun mesti selesa. Especially if u worked superhard for your money. So jangan rasa kedekut untuk membeli insurance medical tau. Its for yr own good and family. Nasihat org tua yg dah lama makan garam
.

Dengan kerjaya beliau sekarang, admin berasa beliau mampu membayar sendiri kos rawatan beliau. Namun, beliau tetap memilih insurans sebagai perlindungan terbaik ketika dalam keadaan kecemasan seperti di atas.

Wad Rawatan RM3,800 Untuk Satu Malam


Kesimpulannya, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Chef Wan sebab kita tidak tahu bila masa kita? Bila musibah nak datang? Sebab 'Malang itu tidak berbau'....

Seelok-eloknya sediakanlah payung sebelum hujan. Tidak kiralah apa jenis insurans / takaful yang anda ingin ambil nanti...yang penting adalah KESEDARAN ANDA TENTANG PERI PENTINGNYA INSURANS / TAKAFUL untuk masa-masa kecemasan.

Ia bukan sahaja untuk perlindungan dari musibah / penyakit semata...malah ia juga dapat membantu waris anda jika ditakdirkan anda pergi buat selama-lamanya.


"MOHON SEBELUM TERLEWAT"

"Tinggalkan isteri dan anak-anak dengan kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Ejen PRUBSN TAKAFUL Anda
Muhamad Hanif Maarof
019 223 1628
muhdhanif266@gmail.com

No comments:

Post a Comment