Sunday 18 January 2015

PENGECUALIAN PERLINDUNGAN PRUBSNTAKAFUL



Pengecualian: 
Perkara yang PruBSN Takaful TAK COVER

Pengecualian

PruBSN Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan  secara langsung  atau tidak  langsung, keseluruhannya  atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1.  Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2.  Penyakit spesifik  yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.
a.   Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.   Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d.   Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e.   Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan. Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

3.  Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

4.  Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

5.  Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

6.  Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.

7.  Apa-apa rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8.  Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

10. Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

16. Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit  nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

22. Caj-caj  yang tidak  Berpatutan  dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.

Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

‪#‎copypaste‬ Cik Puan Mbk

"MOHON SEBELUM TERLEWAT"

Ejen PRUBSN TAKAFUL Anda
Muhamad Hanif Maarof
019 223 1628
muhdhanif266@gmail.com


No comments:

Post a Comment